Kampung Lingga merupakan sebuah kampung yang berada dalam Bahagian Sri Aman. Lingga merupakan sebuah kampung pedalaman yang masih membangun dan sememangnya memerlukan pembangunan bagi kepentingan penduduk yang mediami kawasan tersebut. Dalam pilihnaraya Adun tahun 2006, Lingga telah diletakkans ebagai ekrusi baru yang dinamakan DUN Lingga. Jarak antara Lingga ke Pekan Sri Aman ialah dalam lingkungan 50 kilometer. sepanjang perjalanan Lingga ke Sri Aman kita akan diperlihatkan suasana kampung dan beberapa buah perkampung rumah panjang masyarakat Iban. Majoriti penduduk Lingga terdiri daripada masyarakat Islam.
Terdapat banyak tarikan yang terdapat di Lingga, antaranya adalah Gunung Lesung yang mampu menarik perhatian peminat-peminat alam sekitar dan juga peminat yang suka acara lasak seperti mendaki gunung. Di samping masyarakat Melayu terdapat juga masyarakat Iban yang sama-sama mendiami kawasan perkampungan Lingga. kehidupan aman dan harmoni.
Dari segi pendidikan Lingga hanya mempunyai sebuah sekolah Kebangsaan dan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua. Bagi menyambung pelajaran pelajar-pelajar kawasan ini terpaksa pergi ke Pekan Sri Aman.
Sarawak |
---|
No comments:
Post a Comment