Terkini Di Tempat-tempat Menarik Di Sri Aman

Pesta Benak Sri Aman
















KATOGERI PENGETAHUAN.
ADAKAH ANDA TAHU?

1. Apakah itu Bahagian ?
Bahagian ialah sebuah persempadanan pentadbiran yang terletak di bawah kuasa pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak. Setiap bahagian dibahagikan kepada persempadanan yang lebih kecil yang dikenali daerah dan daerah kecil. Kini, Sarawak dibahagikan kepada 11 bahagian, 31 daerah dan 28 daerah kecil.

2. Siapakah Residen ?
Residen ialah ketua pegawai tadbir yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengetuai pentadbiran sesebuah bahagian. Beliau dibantu oleh Timbalan Residen dan Pegawai Daerah pada peringkat daerah dan Pegawai Pentadbir Sarawak pada peringkat daerah kecil.

3. Bilakah Sri Aman diisytiharkan sebagai sebuah Bahagian ?
Sri Aman diisytiharkan sebagai Bahagian Kedua pada 1 Jun 1873

4. Mengapa nama Simanggang ditukar kepada Sri Aman ?
Nama Simanggang ditukar kepada Sri Aman selepas Peristiwa Deklarasi Sri Aman yang ditandatangani oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Haji Abdul Rahman Ya’kub dan Encik Bong Kee Chok, Director and Commissar of PARAKU ( Parti Rakyat Kalimantan Utara ) pada 21.10.1973 bertempat di Residensi Simanggang. Manakala nama termpat Residensi Simanggang ditukar kepada Rumah Sri Aman pada 19.3.1974.

5. Di mana letaknya Pejabat Residen ?
Pejabat Residen terletak di Jalan Abang Aing, Sri Aman

6. Apakah fungsi utama Pejabat Residen ?
Fungsi utama ialah Pelaksanaan & Pemantauan Projek Pembangunan, Pentadbiran Bahagian, Pengurusan Institusi, Pengeluaran/Kelulusan Lesen, Urusetia dan Hal-hal Statutori.

7. Apakah lesen utama yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Pejabat Residen ?
Pejabat Residen mengeluarkan dua lesen utama iaitu Lesen Pungutan Awam dan Lesen Sabong Ayam. Selain itu, Pejabat Residen juga meluluskan dua permohonan perkahwinan iaitu Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan dan Lesen Perkahwinan Bagi Perempuan Berumur di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun.

8. Apakah Lesen Pungutan Awam ?
Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam.

9. Lembaga Pemeriksaan Aset/Harta Kerajaan ?
Lembaga Pemeriksaan (BOS) ialah prosedur digunakan oleh Pejabat Residen untuk melantik Ahli-ahli Lembaga Pemeriksaan untuk memeriksa aset/harta Kerajaan yang hendak dilupuskan daripada agensi Kerajaan Negeri.

10. Apakah Surat Akuan/ Sumpah ?
Surat Akuan/ Sumpah ialah prosedur yang digunakan untuk membuat akuan dengan kepercayaan bahawa sebarang maklumat yang tersebut dalam Surat Akuan/ Sumpah adalah benar dan menurut Undang-Undang Surat Akuan 1960.

11. Apakah Pengesahan Dokumen ?
Pengesahan dokumen dilakukan untuk membuat pengesahan atau pengakuan bahawa salinan dokumen adalah benar. Dokumen boleh disahkan oleh Pegawai-Pegawai Tadbir di Pejabat Residen dan Pejabat Daerah.

12. Apakah Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan ?
Lesen Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Dan Perakuan Untuk Perkahwinan dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 21(1) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 yang membenarkan pemohon untuk mendapatkan lesen perkahwinan tanpa pemberitahuan atau notis.

13. Apakah Lesen Perkahwinan Bagi Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun ?
Lesen Perkahwinan Bagi Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun dikeluarkan di bawah peruntukan Seksyen 21(2) Akta Membaharui Undang-Undang 1976 yang membenarkan pemohon perempuan bawah umur untuk mendaptkan lesen perkahwinan.

14. Adakah Pejabat Residen Bahagian Sri Aman diiktiraf sebagai pemegang MS ISO ?
Ya, Pejabat Residen, Bahagian Sri Aman telah dipersijilkan dengan anugerah MS ISO 9002 : 1994 dan MS ISO 9000 : 2000 oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri atas perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.

15. Di manakah letaknya Bahagian Sri Aman ?
Bahagian Sri Aman terletak disebelah timur Kepulauan Borneo yang disempadani oleh Kalimantan di sebelah barat, Bahagian Betong disebelah Utara dan Bahagian Samarahan di sebelah Selatan.

16. Berapakah buah daerah di Bahagian Sri Aman ?
Bahagian Sri Aman merangkumi dua buah daerah pentadbiran iaitu Sri Aman (100,997 km persegi) dan Lubok Antu (3,142.55 km persegi); dan tiga daerah kecil iaitu Pantu, Lingga dan Engkilili.

17. Berapakah bilangan penduduk di Bahagian Sri Aman ?
Berdasarkan banci penduduk pada tahun 2000, Bahagian Sri Aman mempunyai 88,006 orang.

18. Apakah aktiviti ekonomi di Bahagian Sri Aman ?
Pertanian Padi & Lada dan Perternakan Ikan ialah aktiviti ekonomi utama di Bahagian Sri Aman. Aktiviti lain ialah perladangan kelapa sawit dan kebun getah.

19. Dimanakah letaknya Projek Hidroelektrik Batang Ai ?
Projek Hidroelektrik Batang Ai terletak di Sungai batang Ai di Daerah Lubok Antu iaitu kira-kira 82 km dari Sri Aman dan 259 km dari Kuching.

20. Apakah kawasan pilihanraya di Bahagian Sri Aman ?
Di Bahagian Sri Aman, terdapat dua kawasan pilihanraya Parlimen – P.176 Sri Aman, P.177 Lubok Antu; dan tujuh kawasan pilihanraya Negeri – N.22 Sebuyau, N.23 Lingga, N.25 Balai Ringin, N.26 Bukit Bangunan, N.27 Simanggang, N.28 Englkilili dan N.29 Batang Ai.

21. Bagaimana anda pergi ke Sri Aman ?
Anda hanya boleh sampai ke Sri Aman dengan menggunakan pengangkutan darat. Perjalanan Kuching-Sri Aman mengambil masa kira-kira 2 ½ - 3 jam bergantung pada kesesakan lalulintas.

22. Apakah tempat-tempat menarik di Sri Aman ?
Semasa di Sri Aman, anda boleh melawat Benak Sri Aman, Rumah Sri Aman, Taman Lanjak Entimau, Hilton Batang Ai dan Kubu Alice. Sekiranya anda berada di sini pada musim buah, cubalah buah-buah tempatan seperti durian, langsat, dabai, rambutan dan musim ikan bulu. Selain itu, anda digalakkan untuk melawat rumah-rumah panjang.

23. Apakah acara utama yang diadakan di Sri Aman ?
Dua acara utama yang diadakan Sri Aman ialah Pesta Benak di daerah Sri Aman dan Pesta Batang Ai di daerah Lubok Antu. Tarikh ditetapkan oleh pihak penganjur dan akan dimaklumkan melalui media masa.

No comments: